Blog

losandes.biz: Manchester United FC Wikipedia Bahasa Melayu ensiklopedia bebas


Dalam era yang terus berkembang dengan pesat, informasi telah menjadi komoditas yang tak ternilai harganya. Dari revolusi digital hingga transformasi teknologi, dunia kita kini tenggelam dalam lautan informasi yang tak pernah kering. Artikel ini mengajak kita untuk melangkahkan kaki ke dalam kompleksitas tatanan informasi saat ini, mengeksplorasi tantangan dan peluang yang muncul dalam mengelola dan memahami gelombang informasi yang terus menggulung. Dari algoritma cerdas hingga arus berita yang tak kenal lelah, mari kita telaah bersama bagaimana kita dapat menjadikan informasi sebagai alat untuk mendobrak batasan dan memahami dunia di sekitar kita dengan lebih baik.

Berikut adalah artikel atau berita tentang Harian losandes.biz dengan judul losandes.biz: Manchester United FC Wikipedia Bahasa Melayu ensiklopedia bebas yang telah tayang di losandes.biz terimakasih telah menyimak. Bila ada masukan atau komplain mengenai artikel berikut silahkan hubungi email kami di [email protected], Terimakasih.

Manchester United ialah salah satu kelab bola sepak yang paling mendapat sokongan meluas di dunia dan ada permusuhan yang ketat dengan Liverpool, Manchester City, Arsenal dan Leeds United. Manchester United ialah kelab bola sepak yang mendapat pendapatan tertinggi di dunia untuk musim 2016–17, dengan pendapatan tahunan sebanyak €676.3 juta, dan kelab bola sepak ketiga paling bernilai di dunia pada tahun 2019, dinilai pada jumlah £3.15 bilion ($3.81 bilion). Selepas diapungkan di Bursa Saham London pada tahun 1991, kelab ini telah diambil alih secara persendirian pada tahun 2005 selepas dibeli oleh ahli perniagaan Amerika Malcolm Glazer yang dianggarkan bernilai hampir £800 juta, di mana lebih £500 juta wang yang dipinjam menjadi bebanan hutang kepada kelab. Mulai 2012, beberapa saham kelab telah disenaraikan di Bursa Saham New York, namun begitu keluarga Glazer masih lagi mengekalkan pemilikan dan kawalan keseluruhan kelab.

Kelab ini telah ditubuhkan sebagai Newton Heath F.C. pada 1878 sebagai pasukan pekerja dari stesen Keretapi Lancashire dan Yorkshire di Newton Heath. Selepas hampir muflis pada tahun 1902, kelab ini telah diambil alih oleh J H Davies dan ditukar nama kepada Manchester United. Padang Old Trafford telah di bom pada Perang Dunia Kedua, menyebabkan kelab ini meminta ikhsan dari jiran terdekat mereka Manchester City, yang mana membenarkan mereka untuk menggunakan padang di Maine Road untuk seketika.

Plak di Old Trafford sempena memperingati mereka-mereka yang terkorban di dalam tragedi Munich Air.

Matt Busby telah dilantik menjadi pengurus pada tahun 1942 dan telah mengambil langkah yang tidak pernah didengar ketika itu, dengan menyertai pemain ketika latihan serta melakukan kerja-kerja pentadbiran. Beliau dengan segera mencapai kejayaan, apabila kelab ini berjaya menghabiskan liga ditempat kedua pada tahun 1947 dan memenangi Piala FA pada tahun 1948.

Manchester United FC badge in the 1970s

United berusaha untuk mengantikan Busby, dan pasukan ini juga berusaha dibawah kendalian Wilf McGuinness dan Frank O’Farrell sebelum Tommy Docherty menjadi pengurus pasukan di akhir tahun 1972. Docherty, atau di kenali juga sebagai ‘The Doc’, telah menyelamatkan United dari penurunan divisyen pada musim itu tetapi United akhirnya tersingkir pada tahun 1974. Pasukan ini telah layak untuk kembali pada percubaan pertama dan berjaya ke perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1976, tetapi telah dikalahkan oleh Southampton. Mereka berjaya ke perlawanan akhir sekali lagi pada tahun 1977, mengalahkan Liverpool. Walaupun dengan kejayaan ini, dan dengan populariti beliau ke atas penyokong, Docherty telah dipecat selepas perlawanan akhir selepas beliau diketahui telah menjalinkan hubungan dengan isteri kepada seorang ahli fisioterapi.

Beliau telah digantikan dengan seorang yang ranggi bernama Ron Atkinson yang mana telah memecahkan rekod perpindahan British untuk mengikat Bryan Robson dari West Brom. Pasukan Atkinson telah menonjolkan beberapa pemain-pemain baru seperti Jesper Olsen dan Gordon Strachan yang bermain bersama-sama bekas pemain pasukan belia, Norman Whiteside dan Mark Hughes. United telah memenangi Piala FA pada tahun 1983 dan 1985 dan telah menjadi pilihan untuk memenangi liga pada musim 1985-86 selepas memenangi sepuluh perlawanan pertama liga mereka, membuka sepuluh mata perbezaan kepada pasukan lawan seawal Oktober. Prestasi pasukan telah jatuh, walau bagaimanapun, United hanya dan telah berjaya menghabiskan musim di tempat keempat. Prestasi yang buruk telah mengikut untuk musim berikutnya, dan dengan United yang hampir di akhir zon penurunan Divisyen Pertama, Atkinson telah dipecat.

Era Alex Ferguson, sebelum trebel (1986-1998)[sunting | sunting sumber]

Alex Ferguson tiba dari Aberdeen untuk menggantikan tempat Atkinson dan memimpin kelab untuk menghabiskan liga di tempat ke-11. Pada musim berikutnya (1987-88), United menghabiskan liga di tempat kedua, dengan Brian McClair menjadi pemain United pertama selepas George Best untuk menjaringkan dua puluh gol dari pada liga dalam satu musim.

Ketibaan Éric Cantona pada November 1992 telah memberikan sinar penting kepada United, dan diadun bersama dengan kebolehan terbaik yang dimiliki oleh Gary Pallister, Denis Irwin dan Paul Ince, bersama-sama bintang yang meningkat naik seperti Ryan Giggs, mereka menamatkan musim 1992-93 sebagai juara buat kali pertama semenjak 1967. Mereka memenangi “dua kejuaraan” (liga Inggeris dan Piala FA) untuk kali pertama pada musim berikutnya, dibantu dengan kemasukan Roy Keane, pemain tengah yang gigih dari Nottingham Forest, yang mana akan menjadi kapten kelab. Walau bagaimanapun pada tahun yang sama, kelab ini telah berdukacita berikutan dengan kematian pengurus legenda dan presiden kelab Matt Busby, yang telah kembali pada 20 Januari 1994.

Rekod tanpa kalah Eropah United telah dipecahkan oleh Fenerbahçe, yang memenangi 1-0 di Old Trafford pada 30 Oktober 1996 dengan gol Elvir Bolić yang membias.

Mereka memenangi liga pada tahun 1997, dan Éric Cantona telah mengumumkan persaraan beliau dari bola sepak pada umur 30. Mereka telah memulakan musim (1997-98) dengan baik, tetapi mereka hanya berjaya menamatkan liga di tempat kedua pada musim tersebut, di belakang pemenang dwi-kejuaraan Arsenal.

1998-99 merupakan musim di mana Manchester United telah mencapai kejayaan di dalam sejarah kelab bola sepak Inggeris selepas mereka berjaya menjadi pasukan Inggeris yang pertama dan satu-satunya untuk memenangi “Trebel” – memenangi Premiership, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA pada musim yang sama. Selepas menghadapi musim Liga Perdana yang sukar, Manchester United berjaya memenangi kejuaraan pada hari terakhir dengan mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1, sementara Arsenal menang 1-0 ke atasAston Villa. Memenangi Premiership merupakan bahagian pertama untuk mendapatkan Trebel, bahagian yang digambarkan Alex Ferguson sebagai yang paling sukar. Di dalam perlawanan akhir Piala FA, United bertemu Newcastle United dan menang 2-0 dengan jaringan dari Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer. Pada perlawanan terakhir untuk musim tersebut, Perlawanan Akhir Liga Juara UEFA 1999 mereka mengalahkan Bayern Munich yang mana dianggap sebagai kemuncak perlawanan terhebat pernah disaksikan. Selepas ketinggalan dengan gol awal jaringan sepakan percuma Mario Basler, United berada di belakang Bayern selama 85 minit. Selepas hampir 90 minit mereka mendapatkan sepakan sudut yang telah disempurnakan oleh pemain gantian Teddy Sheringham untuk gol penyamaan. Tidak berputus asa, United memperolehi gol kedua hasil sepakan sudut David Beckham, yang dijaringkan oleh Ole Gunnar Solskjaer, seorang lagi pemain gantian. Ferguson kemudiannya dikurniakan darjah kebesaran Britain kerana khidmatnya kepada bola sepak.

Pada 13 Mei 2005, ahli perniagaan Malcolm Glazer telah mendapat semua kepentingan di dalam kelab menerusi pelaburan Red Football Ltd. dalam pengambilan nilai kelab yang berjumlah hampir £800 juta (lebih kurang $1.5 bilion atau RM5.5 bilion). Pada 16 Mei, beliau menambah saham kepada 75% untuk mengeluarkan kelab tersebut daripada Bursa Saham, menjadikannya milik persendirian sekali lagi, dan telah mengumumkan niat beliau dalam masa 20 hari. Pada 8 Jun beliau telah melantik anak-anak beliau menjadi lembaga pengarah kepada Manchester United sebagai pegawai bukan eksekutif.

Pada Julai 2006 kelab ini telah mengumumkan pakej pinjaman semula. Kerana sebelum ini hutang yang diambil Glazers untuk pembelian kelab telah terbahagi kepada kelab dan keluarga, tetapi kini ia akan hanya terdiri daripada kelab. Dengan jumlahnya menjadi £660 juta, yang mana pembayaran interest akan menjadi £62 juta setahun. Ia merupakan pengurangan pembayaran interest sebanyak 30%.

Pada 1 Julai 2013, Sir Alex Ferguson bersara selepas mengurus United selama 26 tahun. Ferguson telah mencadangkan David Moyes dilantik sebagai pengurus baharu United. Menandatangani kontrak enam tahun, beliau mendapat piala pertama selepas menewaskan Wigan Athletic 2–0 bagi memenangi FA Community Shield. Bagaimanapun, United bermain agak teruk dalam perlawanan pra-musim dan tewas 3 kali dalam enam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris 2013-14, permulaan terburuk mereka sejak lebih dua dekad. Lebih menderitakan, United tersingkir di Piala FA Inggeris seawal pusingan ketiga ditangan Swansea City, 1-2 di halaman sendiri. Walaupun begitu, United berjaya layak ke separuh akhir Piala Liga Inggeris 2013/14 dan ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013/14.

Akhirnya, United ambil keputusan memecat Moyes selepas 10 bulan mengendalikan pasukan tersebut. Ryan Giggs dipilih untuk memikul tugas sebagai pengurus sementara United. Akhirnya, Manchester United sekadar menamatkan liga di tangga ke-7 sekaligus mereka gagal layak ke saingan anjuran UEFA buat kali pertama sejak 23 tahun.

Pada 15 Mei 2014, Manchester United secara rasmi melantik jurulatih kebangsaan Belanda, Louis van Gaal sementara Giggs pula pembantu pengurus bersama Albert Stuivenberg. Mendatangani kontrak selama 3 tahun, Van Gaal memulakan tugasnya sebagai pengurus United selepas berakhirnya Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. United beraksi cemerlang di jelajah pra-musim di Amerika Syarikat. Namun begitu, United memulakan Liga Perdana Inggeris 2014/15 dengan kekalahan di tempat sendiri di tangan Swansea City, 1-2. Lebih memalukan, mereka tumpas 4-0 di tangan pasukan divisyen 3, Milton Keynes Dons di pusingan kedua Piala Liga Inggeris. Selepas itu, United cipta kejutan apabila menandatangani pemain Real Madrid C.F., Angel di Maria bernilai 50.1 juta sekaligus memecah rekod pembelian Britain yang dipegang oleh Fernando Torres, yang bernilai 48.1 juta dari Liverpool ke Chelsea pada 2011.bernilai 50.1 juta bernilai 50.1 juta

Walaupun beraksi buruk pada awal musim, United kembali menunjukkan perkembangan positif apabila berjaya menamatkan liga ditangga ke-4 dan layak ke suku akhir Piala FA Inggeris sekaligus layak ke play-off Liga Juara-Juara UEFA. Van Gaal kekal mengemudi United untuk musim 2015/16. Pada jelajah pra-musim di Amerika Syarikat, United beraksi cemerlang.

United mulakan EPL dengan langkah kanan dan layak ke peringkat kumpulan UCL. Bagaimanapun, United tersingkir awal dalam peringkat kumpulan buat kali keempat dalam sejarah United. United catat rekod terburuk buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun apabila mencatatkan 8 perlawanan tanpa kemenangan dari hujung November 2015 hingga hujung Disember 2015. Namun, mereka berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA buat kali pertama sejak tahun 2007 dan memenanginya buat kali pertama sejak 2004 tewaskan Crystal Palace, 2-1. Namun dua hari kemudian, iaitu 23 Mei 2016, Louis Van Gaal dan staffnya telah dipecat selepas United tamatkan liga di tempat kelima dan gagal ke Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Pada 26 Mei 2016, bekas pengendali Chelsea F.C., Jose Mourinho secara rasminya dilantik sebagai pengurus baharu United. Pada musim 2016-2017, Jose Mourinho berjaya memenangi tiga piala iaitu Liga Europa, Piala Liga Inggeris, dan Piala Perisai Komuniti. Beliau juga menamatkan liga pada musim tersebut di tempat keenam tetapi layak ke Liga Juara-Juara Eropah selepas memenangi Liga Europa. Di musim kedua Mourinho, beliau berjaya membantu United ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama sejak 2014, layak ke perlawanan akhir Piala FA dan menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris, sekaligus menjadi kedudukan terbaik pernah diraih sejak persaraan Ferguson pada tahun 2013.

Pada 18 Desember 2018, Jose Mourinho bagaimanapun telah dipecat secara rasminya oleh United. Antara faktor pemecatan Mourinho adalah kerana gagal dalam memastikan keharmonian pasukan secara keseluruhannya ditambah pula dengan siri kekalahan yang melanda United. Pembabitan terakhir Mourinho bersama United adalah dua hari sebelum pemecatannya di mana United tewas di tangan seteru utama mereka Liverpool di Anfield. Selain daripada itu, taktik negatif Mourinho yang lebih suka bertahan serta kritikan terbuka kepada para pemainnya juga merupakan titik tolak kepada pengakhiran kariernya sebagai pengurus United. Ketua Eksekutif United, Ed Woodward melantik bekas lagenda United, ‘Baby Face Assassin’ Ole Gunnar Solskjær sebagai pengurus Interim sehingga ke penghujung musin 2018/2019. Kehadiran Solskjær bersama Mike Phelan telah membawa kebangkitan semula United dengan menerapkan budaya menyerang Manchester United yang telang hilang semenjak persaraan Sir Alex Ferguson.

Sebelum Perang Dunia II, terdapat beberapa penyokong yang pergi ke permainan di tempat lawan disebabkan masa dan wang. Manchester City dan Manchester United, sebelum ini, bermain permainan di tempat sendiri pada hari Sabtu berganti-ganti. Selepas perang, terdapat satu persaingan lebih kuat dan ia menjadi lebih biasa bagi penyokong memilih satu pasukan untuk disokong.

Bila United memenangi Liga dalam 1956, mereka menpunyai jumlah pukulan rata penghadir terbesar, rekod yang sebelum ini, dipegang oleh Newcastle. Selepas tragedi Munich Air, lebih ramai orang mula menyokong kelab ini. Oleh itu, United masih memegang rekod ini untuk hampir semua tahun selepas itu, walaupun mereka pernah berada di Divisyen Kedua antara tahun-tahun 1974—1975.

Laporan 2002 Do You Come From Manchester? Diarkibkan 2006-08-16 di Wayback Machine menunjukkan walaupun Manchester City mempunyai lebih banyak perkadaran penyokong yang memegang tiket bermusim dalam daerah Manchester, tetapi jumlah penyokong United lebih besar.

Pada lewat 1990-an dan awal 2000, isu kerisauan daripada ramai penyokong United ialah kemungkinan bahawa pasukan itu akan dikuasai oleh orang lain. Kumpulan Penyokong IMUSA (Persatuan Penyokong Manchester United Bebas, atau Independent Manchester United Supporters’ Association) sangat aktif menentang percubaan rampasan kuasa daripada Rupert Murdoch dalam 1999. Selain itu, kumpulan lain Shareholders United Against Murdoch, yang menjadi Manchester United Supporters’ Trust dilahir pada masa itu untuk menggalakkan penyokong membeli saham dalam kelab, yang membolehkan penyokong-penyokong mengambil bahagian perbincangan dalam kelab seperti harga tiket dan parti lain yang ingin mengambil alih kelab. Tetapi, ini gagal menghalang Malcolm Glazer dari mengambilalih kelab Manchester United. Akibatnya ramai penyokong yang marah dengan peristiwa itu, dan mereka memulakan kelab baru iaitu F.C. United of Manchester.

Pada 23 November 2005 Vodafone telah menamatkan kontrak tajaan baju empat tahun £36 juta dengan Manchester United. Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkan AIG sebagai penaja baju baru [9] Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak £56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun). Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar di dunia selepas Juventus dari liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun.[10] Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.

Pada awal musim 2010-11, Aon syarikat reinsurans Amerika menjadi penaja utama kelab itu dalam perjanjian empat tahun yang dikatakan bernilai lebih kurang £ 80 juta, menjadikannya urusan penajaan baju paling lumayan dalam sejarah bola sepak. Manchester United mengumumkan kit penaja latihan pertama mereka pada bulan Ogos 2011, bersetuju perjanjian empat tahun dengan DHL dilaporkan bernilai £ 40 juta; ia dipercayai menjadi contoh pertama penajaan kit latihan dalam bola sepak Inggeris.

Pada musim 2014/15, giliran Chevrolet, jenama kereta pula menjadi penaja utama United dan menandatangani kontrak selama 6 tahun. Sementara Aon pula menjadi penaja utama kit latihan.

Pada musim 2015/16, United merasmikan jenama sukan dari Jerman, Adidas sebagai jenama rasmi kit pasukan itu selama 6 tahun.

Keluar secara pinjaman[sunting | sunting sumber]

Senarai pemain akademi dan bawah 21 tahun

Keluar secara pinjaman[sunting | sunting sumber]

  • Pemilik: Keluarga Glazer melalui Pemegangan Saham Red Football Limited[40]
  • Andrews, David L., penyunting (2004). Manchester United: A Thematic Study. London: Routledge. ISBN 978-0-415-33333-7.
  • Barnes, Justyn; Bostock, Adam; Butler, Cliff; Ferguson, Jim; Meek, David; Mitten, Andy; Pilger, Sam; Taylor, Frank OBE; Tyrrell, Tom (2001) [1998]. The Official Manchester United Illustrated Encyclopedia (ed. 3rd). London: Manchester United Books. ISBN 978-0-233-99964-7.
  • Bose, Mihir (2007). Manchester Disunited: Trouble and Takeover at the World’s Richest Football Club. London: Aurum Press. ISBN 978-1-84513-121-0.
  • Crick, Michael; Smith, David (1990). Manchester United – The Betrayal of a Legend. London: Pan Books. ISBN 978-0-330-31440-4.
  • Devlin, John (2005). True Colours: Football Kits from 1980 to the Present Day. London: A & C Black. ISBN 978-0-7136-7389-0.
  • Dobson, Stephen; Goddard, John (2004). “Ownership and Finance of Professional Soccer in England and Europe”. Dalam Fort, Rodney; Fizel, John (penyunting). International Sports Economics Comparisons. Westport, CT: Praeger Publishers. ISBN 978-0-275-98032-0.
  • Dunning, Eric (1999). Sport Matters: Sociological Studies of Sport, Violence and Civilisation. London: Routledge. ISBN 978-0-415-09378-1.
  • Hamil, Sean (2008). “Case 9: Manchester United: the Commercial Development of a Global Football Brand”. Dalam Chadwick, Simon; Arth, Dave (penyunting). International Cases in the Business of Sport. Oxford: Butterworth-Heinemann. ISBN 978-0-7506-8543-6.
  • Inglis, Simon (1996) [1985]. Football Grounds of Britain (ed. 3rd). London: CollinsWillow. ISBN 978-0-00-218426-7.
  • James, Gary (2008). Manchester: A Football History. Halifax: James Ward. ISBN 978-0-9558127-0-5.
  • Morgan, Steve (March 2010). McLeish, Ian (penyunting). “Design for life”. Inside United (212). ISSN 1749-6497.
  • Murphy, Alex (2006). The Official Illustrated History of Manchester United. London: Orion Books. ISBN 978-0-7528-7603-0.
  • Shury, Alan; Landamore, Brian (2005). The Definitive Newton Heath F.C. SoccerData. ISBN 978-1-899468-16-4.
  • Tyrrell, Tom; Meek, David (1996) [1988]. The Hamlyn Illustrated History of Manchester United 1878–1996 (ed. 5th). London: Hamlyn. ISBN 978-0-600-59074-3.
  • White, Jim (2008). Manchester United: The Biography. London: Sphere. ISBN 978-1-84744-088-4.
  • White, John (2007) [2005]. The United Miscellany (ed. 2nd). London: Carlton Books. ISBN 978-1-84442-745-1.

Templat:Wikinews category

Templat:Manchester United F.C.

Rencana berkaitan Manchester United F.C.

Umum
Perpustakaan negara
Lain-lain